Wraps Sihat

Sarapan yang mudah dan cepat untuk dibuat. Yang penting diet tetap kasi ON!

Kalau korang suka sarapan cepat tapi tak bosan, korang kena try wraps ni. Sambil buat kopi pun sempat siap. Bahan ikut suka hati je — yang penting sedap dan mengenyangkan!

Meh sini nak kongsi resepi khas untuk anda terutama yang sedang diet tu.

Bahan-bahan 

  1. 1 pcs Wraps (Jenama apa-apa pun boleh)
  2. 2 biji telor
  3. Serbuk blackpepper
  4. Sedikit garam
  5. Sedikit perasa
  6. Mix herb
  7. Butter (jika tiada, boleh gunakan minyak masak)
  8. Mayonnaise  
  9. Salad Dressing
  10. Salad
  11. Tomato
  12. Carrot 

Cara-cara

  1. Pecahkan telur di dalam magkuk dan campurkan dengan garam, serbuk perasa serta mix herb (jika ada) dan kacau-kacau sehingga sebati
  2. Panaskan minyak masak atau butter di atas pan dan masukan telur tadi.
  3. Kemudian letakkan 1pcs wraps di atas telur. Anda dinasihatkan untuk mengawal suhu api supaya masakan tidak hangus.
  4. Selepas telur sedikit masak, bolehlah diterbalikkan wraps tersebut dan boleh diletakan di atas pinggan untuk step berikutnya
  5. Kemudian sapukan wraps dengan mayonnaise dan kemudian letakan salad, tomato dan carrot. Susun cantik-cantik supaya mudah untuk dibalut.
  6. Selepas itu, boleh la gunakan salad dressing kesukaan anda. Cadangan dressing salad yang sedap dan sesuai untuk diet, anda boleh gunakan salad dressing dari Kewpie iaitu Roasted Sesame dan Hot Spicy untuk rasa sedikit pedas.
  7. Langkah terakhir ialah gulung wraps tersebut dengan kemas, pastikan semua bahan-bahan dibungkus dengan elok sebelum dimakan.
  8. Siap untuk dimakan dan boleh la bawa bekal ke pejabat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

share this recipe:
Facebook
Twitter
Pinterest

Still hungry? Here’s more