Resepi Garlic Sos

Garlic Sos semudah ABC

Saya selalu fikir garlic sauce ni susah nak buat, tapi bila tengok video daripada warung sutai yang dikongsikan di facebook ni tunjuk step by step, rupanya tak sampai 10 minit dah siap!

Jadi saya nak kongsikan semula resepi ni supaya anda pun boleh cuba.

Bahan-Bahan

  1. 1 biji telur rebus
  2. 4 sdb cuka
  3. 8 ulas bawang putih
  4. 1 cawan minyak
  5. 1 sdb gula
  6. ½ sdb garam
  7. 6 ketul ais kuib
  8. Sedikit serbuk black pepper

Cara-cara

  1. Gunakan blander dan masukan telor rebus dan kemudian tambahkan cuka
  2. Tambahkan sekali dengan bawang putih dan minyak masak 
  3. Langkah seterusnya masukan ais kuib, gula dan garam
  4. Selepas kesemua bahan-bahan tadi dimasukan, bland bahan-bahan tersebut menggunakan speed yang paling minimum. Tambahkah ais jika perlu
  5. Jika didapati adunan terlampau pekat, tambahkan sedikit air
  6. Selepas siap, letakkan di dalam mangkuk dan masukan sedikit serbuk black pepper dan kacau sebati.
  7. Siap! Anda boleh gunakan untuk makan dengan chicken fingers 

Sumber : facebook-warung sutai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

share this recipe:
Facebook
Twitter
Pinterest

Still hungry? Here’s more