Ayam Sambal Lada Berserai

Sajian Ayam Sambal Lada Berserai bukan sekadar lauk biasa

Resipi ini mudah disediakan, menggunakan bahan-bahan ringkas seperti serai, cili, bawang, dan kunyit. Hidangan ini bukan sahaja sesuai dinikmati bersama keluarga tetapi juga pasti akan menarik perhatian tetamu anda.

Ayam sambal lada berserai amat sesuai dimakan bersama nasi putih, ulam-ulaman, dan lauk-pauk kampung yang lain.

Jom kita cuba masak!

Bahan-bahan

2 ekor ayam | potong kecil
Garam secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
1.5 kg bawang merah besar | dikisar
20 biji cili merah | dikisar
10 batang serai | dititik
20 biji cili padi hijau
5 biji bawang Holland | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara-cara

1. Lumur ayam bersama garam serta serbuk kunyit.

2. Goreng hingga masak. Ketepikan.

3. Tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.

4. Kemudian masukkan serai, cili padi, garam dan sedikit gula. Gaul hingga terbit bau wangi.

5. Masukkan ayam dan juga hirisan bawang Holland. Gaul lagi hingga sebati dan bawang sedikit layu.

6. Angkat dan hidangkan.

sumber : Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

share this recipe:
Facebook
Twitter
Pinterest

Still hungry? Here’s more