Kalau anda penggemar rasa pedas yang beraroma, Ayam Goreng Blackpepper ini memang ‘padu’! Ayam yang digoreng rangup, kemudian disalut dengan sos lada hitam pekat yang wangi dan sedikit pedas cukup untuk buat sesiapa pun tak sabar nak tambah nasi.
Menu ini bukan sahaja ringkas untuk disediakan, tetapi rasanya juga pasti memukau selera seisi keluarga.
Apa tunggu lagi, mari kita masak!
Bahan-bahan:
300gm ayam – dipotong dadu
1 sudu blackpepper – dikisar/tumbuk
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
1 sudu kecil garam
5 biji cili padi – dipotong
1 biji bawang besar – dipotong bulat
Minyak – untuk menggoreng
Cara:
1. Bersihkan ayam, kemudian perap dengan blackpepper, sos tiram, garam dan kicap. Perap lagi lama lagi sedap.
2. Panaskn minyak. Masukkan ayam yang telah di perap.
3. Bila ayam masak atau garing, masukkan potongan bawang besar dan cili padi.
4. Siap untuk dihidangkan.
sumber : Facebook

