Daging Goreng Berlengas

Tak perlukan banyak bahan pun boleh jadi sedap

Kalau anda tengah cari lauk cepat untuk makan tengah hari atau malam, hidangan ni memang sesuai sangat.

Jom kita tengok cara nak buat daging goreng berlengas yang simple tapi padu!

Bahan-Bahan

  1. Daging (jika ada hati lembu, boleh masukan sekali)
  2. bawang putih hiris
  3. halia hiris
  4. Minyak
  5. 1 sk serbuk kunyit
  6. 1 sk Garam
  7. 1 sk serbuk perasa
  8. sos cili
  9. sos tiram
  10. Kicap
  11. sedikit air
  12. cooking caramel
  13. Pelbagai jenis sayuran seperti : kacang panjang, cili merah, bawang holland dan carrot.

Cara-cara

  1. Gaulkan daging dan hati dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Masukan daging dan hati kedalam kuali dan biarkan sehingga airnya keluar dan kemudian tambahkan air. Masak sehingga empuk.
  3. Selepas daging empuk jangan masukan air lagi. Terus masukan minyak, hirisan bawang putih dan halia dan kacau-kacau sehingga rata.
  4. Masukan sos cili, sos tiram, kicap cair dan cooking caramel dan kacau rata dan tambahkan sedikit air dan masukan perasa jika perlu
  5. Akhir sekali tambahkan sayur-sayuran yang telah dihiris dan tutup api.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

share this recipe:
Facebook
Twitter
Pinterest

Still hungry? Here’s more