Kalau sebut masakan tradisi yang padu, ayam masak lemak cili padi dengan nangka memang tak boleh tinggal!
Kuahnya pekat berlemak, pedas menyengat, ditambah pula manis lemak nangka muda yang serasi dengan ayam memang buat terangkat lauk ni. Hidangan klasik Negeri Sembilan ni bukan saja membuka selera, tapi juga sesuai dimakan dengan nasi panas-panas.
Jom kita tengok cara mudah nak masak menu kegemaran ramai ni!
Bahan-bahan :
1. Sebiji nangka muda size kecik (rebus hingga 3/4 empuk, tambahkan garam dalam rebusan)
2. Seekor ayam (dicincang kecik)
3. Cili padi (bergantung kepedasan anda)
4. 1 inci halia
5. 2 biji bawang besar
6. 5-6 ulas bawang putih
7. Sedikit kunyit hidup/ serbuk kunyit
8. 2 batang serai
9. 2 pcs Asam keping
10. 1 Biji Santan kelapa
11. 200 ml santan kotak
Cara-cara :
1. Mesinkan halia, cili padi, bawang besar dan bawang putih sehingga halus.
2. Panaskan sedikit minyak utuk menumis, masukkan serai kemudian terus masukan bahan yg sudah di blend.
3. Tumis sehingga bahan tadi pecah minyak.
4. Kemudian masukan ayam yg sudah dicincang kecik, gaulkan ayam dan bahan tumis hingga sebati.
5.Tambah sedikit air, dan masukkan asam keping.
6. Biarkan hingga ayam masak.
7. Apabila ayam masak, baru masukkan santan segar terlebih dahulu dan lebihkan air untuk mendapatkan lebih kuah. Jangan risau cair, kerana akan ditambah dengan santan kotak.
8. Perisakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit gula (jika perlu)
9. Kemudian selepas santan sudah mendidih, masukan nangka dan gaul hingga sekata.
10. Langkah terakhir ialah masukan santan kotak.
11. Pastikan sentiasa di kacau agar santan tidak pecah.
12. Biarkan ianya masak dalam 10 minit, sehingga betul-betul sebati semuanya dan tutupkan api.
Biarkan masakan 20-30minit kemudian siap untuk dihidang bagi mendapatkan rasa yang lebih urmpp! ketika makan.
Selamat Mencuba!
sumber : facebook – resepi dua dunia

