Menu Kuah Lodeh bukan saja boleh dihidangkan ketika sambutan hari raya, namun kuah lontong juga sedap dihidangkan sebagai sarapan atau menu istimewa hujung minggu.
Mari kita buat untuk menu masakan hujung minggu ini
Resepi Kuah Lodeh Confirm Sedap
Bukan sahaja sedap, anda juga boleh buat jualan dengan resepi ini.
(Masakan untuk 10-12orang)
Bahan A – Sayur-sayuran:
1. Kobis bulat dipotong
2. Kacang buncis potong serong
3. Lobak dipotong bulat
4. Cili api merah 5 biji untuk penyeri
Bahan B:
1. 1 pek pucuk + soon
2. 1 pek tempe di goreng
3. 1 pek tauhu di goreng
4. 250ml santan (2 kotak)
5. 1 liter air
Bahan Tumisan:
1. Ikan bilis
2. Serbuk kunyit 1 sudu kecil
3. 1 sudu bawang besar dikisar
4. 1 sudu cili kering dikisar
5. Minyak untuk menumis
Cara-cara:
1. Tumiskan ikan bilis, serbuk kunyit, bawang besar dan cili kering.
2. Setelah tumisan naik aroma, masukkan semua bahan A & B.
3. Bila sayur dah layu, masukkan 2 kotak santan 250ml.
4. Perasakan dengan 1 sudu garam, serbuk cukup rasa, dan 2 sudu besar susu pekat.
5. Kacau dan renihkan selama 10 minit. Sedia untuk hidangan!
Selamat mencuba!
sumber : Facebook – Barang Rumah